Monday, February 25, 2013

KIM JONG KOOK Live In Singapore

Akhirnya KimJongKook Fanmeet in Singapore berlangsung dengan jayanya. Kallang Theatre begitu gamat sekali apabila KimJongKook membuka tirai dengan lagu Hitnya "Saying i love you " Sebaik sahaja showcase bermula jeritan histeria kedengaran memenuhi seluruh Kallang Theatre. Suasana menjadi lebih gamat, pabila peminat terpilih dapat beramah mesra dan bermain "games" dengan KimJongKook diatas pentas. Sekali lagi suasana menjadi gamat, pabila JongKook memeluk peminat bertuah. Acara diselang seli dengan nyanyian suara "nyamuk" JongKook yang memukau peminat Kallang Theatre. Selesai sahaja acara showcase, peminat yg membeli "Photo Passes" berpeluang bergambar bersama JongKook. Tepat 1130pm semua acara berakhir, namun peminat tetap menunggu hero Sparta sehingga JongKook kembali ke Hotel. :) crd foto by MODE ENT