Saturday, March 23, 2013

TWIN TOWER ALIVE KL

TT ALIVE KL , menggegarkan Twin Tower dengan kehadiran artis2 hebat seperti Backstreet boy, 2ne1 dan ramai lagi.. Di bawah antara foto2 yang sempat kami rakam.. enjoyssss............:)

Saturday, March 2, 2013

JERICHO ROSALES Bintang Popular Filipina menggegarkan Ulangtahun Astro Bella

Sempena ulang tahun pertama Astro Bella, pelakon kacak Filipina, Jericho Rosales telah diundang khas untuk memeriahkan majlis ulang tahun tersebut yang berlangsung di Hotel Hilton Kuala Lumpur, pada 1 Mac lalu. Istimewa sempena ulang tahun Astro Bella, Pangako Sa Yo telah ditayangkan semula di Astro Bella (saluran 133) mulai 4 Mac 2013 sebagai hadiah sempena ulang tahun saluran itu yang pertama. Bukan itu sahaja, penonton pastinya akan lebih teruja dengan himpunan pelbagai drama telenovela yang pastinya menghiburkan di saluran Astro Bella (133) seperti telenovela bersiri Tagalog berjudul Walang Hanggan, serta pelbagai koleksi drama telenovela popular lain yang sedang ditayangkan di saluran ini seperti Sana’y Wala Nang Wakas lakonan Jericho Rosales Jom tengok2 gambar2 dr event yg berlangsung :)